Wednesday, August 2, 2017

Cara Penulisan Ulasan(Pemindahan maklumat)

Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Buat ulasan anda berdasarkan gambar tersebut. Panjang huraian anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.

5 cara penulisan isi tersirat iaitu:
a)ayat pendahuluan
b)ayat huraian
c)ayat contoh
d)ayat penutup
e)tambahan isi penting berdasarkan kata kunci 
SEBAB/KESAN/CARA MENGATASI

Isi tersurat(SU):
a)Pelbagai langkah pencegahan perlu dilakukan untuk menghapuskan kitaran nyamuk aedes.
b)Langkah pertama ialah pencegahan yang bermula dari rumah iaitu periksa persekitaran rumah.
c)pencegahan boleh dilakukan melalui kempen kesedaran yang dianjurkan oleh pihak kerajaan.

Isi tersirat(SI):
a)bertujuan supaya kawasan persekitaran rumah bebas daripada tempat pembiakan nyamuk aedes seperti menghapuskan takungan air.
b)kempen "Tiada Aedes, Tiada Denggi" berjaya menarik minat masyarakat untuk memastikan persekitaran rumah bebas daripada nyamuk aedes.
c)Persekitaran rumah juga perlu bersih, bak kata pepatah "mencegah lebih baik daripada merawat
d)semua individu  perlulah bekerjasama untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes.

Ulasan lengkap:

(SI-Ayat pendahuluan) "Cegah Aedes, Cegah Denggi" merupakan kempen yang dijalankan oleh kerajaan untuk menyedarkan orang ramai tentang bahayanya nyamuk aedes.(SU-a) Pelbagai langkah pencegahan perlu dilakukan untuk menghapuskan kitaran nyamuk aedes. (SU-b) Langkah pertama ialah pencegahan yang bermula dari rumah iaitu periksa persekitaran rumah.(SI-ayat huraian dan contoh)Hal ini bertujuan supaya kawasan persekitaran rumah bebas daripada tempat pembiakan nyamuk aedes seperti menghapuskan takungan air .(SI-Isi tambahan-c)Persekitaran rumah juga perlu bersih, bak kata pepatah "mencegah lebih baik daripada merawat".(SU-c)Selain itu, pencegahan boleh dilakukan melalui kempen kesedaran yang dianjurkan oleh pihak kerajaan.
(SI-ayat contoh)Antaranya, kempen "Tiada Aedes, Tiada Denggi" berjaya menarik minat masyarakat untuk memastikan persekitaran rumah bebas daripada nyamuk aedes.(SU-ayat penutup)Oleh itu, semua individu  perlulah bekerjasama untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes.

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulisulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan

ulasan pt3 cara
ulasan pt3 terbaik

Contoh jawapan:

             Jiran merupakan orang yang paling hampir dengan kita. Amalan kejiranan perlu disuburkan demimenjamin kesejahteraan dan keharmonian masyarakat. Salah satu amalan kejiranan yang telah sebatidalam kehidupan masyarakat Malaysia ialah amalan menziarahi jiran tetangga. Amalan tersebut amatmudah dipraktikkan kerana dapat dilakukan tanpa mengira masa, agama dan kaum. Selain itu, masyarakatdi negara ini juga sudah terkenal dengan sikap peramah.  Oleh itu, amalan bertegur sapa sudah menjadilumrah bagi kebanyakan kita. Setiap kali bertemu orang yang dikenali, pasti tangan akan dihulur untukbersalaman sambil bertanya khabar. Konklusinya, amalan kejiranan yang menjadi sebahagian daripada rutin harian rakyat Malaysia telah menjadikan hubungan antara mereka bagai isi dengan kuku.

(100 patah perkataan)